hidup ini sering
dipersalahkan
setelah terjebak dijurang pengkhianatan
apa dugaan tiada dikirakan
segala terbangkit dilontar hukuman
sedih rasa ketika dihina
sedang dosa memang aku empunya
namun persoalannya tetap rahsia
agar tidaklah dijadikan budaya
jika benar iman didada
tidak diri bergelumang dosa
namun dunia mengaburi mata
segala terlarang dibenar berkuasa
aku insan banyak angkuhnya
dimata orang menunjukkan riak
segala ikutan dijadikan gaya
zalim pemikiran mengikutkan lagak
apakah mungkin kecundang jiwaku
dibalik kalbu segala terbuku
perjalanan hidupku diduga bertalu
oleh perbuatan manusia berilmu
kebenaran dicari dipertikai saudara
hanya kerana takut melara
jika kepalsuan dibiar terus bersuara
pasti kan musnah satu negara
setelah terjebak dijurang pengkhianatan
apa dugaan tiada dikirakan
segala terbangkit dilontar hukuman
sedih rasa ketika dihina
sedang dosa memang aku empunya
namun persoalannya tetap rahsia
agar tidaklah dijadikan budaya
jika benar iman didada
tidak diri bergelumang dosa
namun dunia mengaburi mata
segala terlarang dibenar berkuasa
aku insan banyak angkuhnya
dimata orang menunjukkan riak
segala ikutan dijadikan gaya
zalim pemikiran mengikutkan lagak
apakah mungkin kecundang jiwaku
dibalik kalbu segala terbuku
perjalanan hidupku diduga bertalu
oleh perbuatan manusia berilmu
kebenaran dicari dipertikai saudara
hanya kerana takut melara
jika kepalsuan dibiar terus bersuara
pasti kan musnah satu negara
Posted by June Hassan at 12:08 PM
No comments:
Post a Comment